Lautan Artik
Lautan Artik

Lautan Artik

Lautan Artik terletak di hemisfera utara dan berdekatan dengan kawasan kutub utara. Artik ialah lautan yang terkecil dan yang tercetek antara lima buah lautan di dunia.[1] Walaupun Pertubuhan Hidrografi Antarabangsa (IHO) mengiktirafnya sebagai sebuah lautan, ahli-ahli oseanografi merujuknya sebagai Laut Mediterranean Artik atau Laut Artik secara mudah, dan mengelaskannya sebagai salah satu laut yang terangkum dalam Lautan Atlantik. Sebagai alternatif, Lautan Artik juga dirujuk sebagai cuping Lautan Dunia yang paling utara. Kebanyakan Lautan Artik dilitupi ais, baik pada bulan-bulan yang lebih sejuk mahupun pada sepanjang tahun. Walaupunbegitu suhu dan tahap kemasinannya berbeza-beza dari musim ke musim ketika penutup aisnya mencair dan membeku, [2] kemasinan puratanya adalah yang paling rendah antara lima buah lautan kerana kadar penyejatan yang rendah, aliran keluar ke perairan bersekitaran yang terhad, serta aliran masuk air tawar yang banyak. Kecutan pek ais pada musim panas dianggarkan sebanyak 50%. [1]